Empat sekeluarga termasuk seorang warga emas nyaris maut apabila kereta yang mereka naik dihempap pokok tumbang dalam kejadian ribut petir di Batu Berendam di sini, petang semalami.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka berkata, panggilan kecemasan diterima pada pukul 2.39 petang dan sepasukan enam anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah dikejarkan ke lokasi.
"Kesemua mangsa ditemui dalam keadaan selamat dan berjaya dikeluarkan dari kenderaan."
“Pasukan bertindak membuat kerja-kerja memotong pokok yang tumbang menggunakan satu unit gergaji rantai,” katanya dalam satu kenyataan.
Difahamkan dalam kejadian ribut itu, beberapa buah kenderaan lain turut dihempap pokok di beberapa lokasi berbeza.
Mengulas lanjut pihaknya berkata, satu panggilan kecemasan turut diterima berhubung kejadian bumbung Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Munshi Abdullah dekat sini musnah akibat diterbangkan ribut.
“Panggilan pada pukul 4 petang dan sepasukan enam anggota digerakkan ke lokasi kejadian."
“Pasukan mendapati bumbung sekolah telah terbang akibat ribut, namun tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden itu,” katanya.
Catat Ulasan