Masjid Terbanyak Di Eropah Adalah Di Negara Bulgaria


sebuah masjid di Bulgaria

Perancis, Britain atau Jerman adalah 'rumah' umat Islam di Eropah, tetapi apabila sampai ke rumah Allah aka masjid, Bulgaria adalah juara. Negara bekas komunis itu mempunyai jumlah masjid terbanyak di Eropah iaitu mencecah 1,200 buah. Jumlahnya hampir sama dengan negara di Timur Tengah.

Ya, Bulgaria juga tersenarai sebagai negara yang mempunyai bilangan pelajar Islam terbesar di Eropah. Lebih tiga ribu pelajar belajar di sekolah Islam setiap tahun. Hebatnya, sekolah awam juga menyediakan kurikulum Islam.

Daripada data statistik Mufti Bulgaria, menyatakan seramai 3,372 pelajar mengikuti kelas agama Islam pada 2011. Jumlah ini meningkat enam kali ganda berbanding tahun lalu.

Ketua Jabatan Agama Bulgaria, Emil Velinov berkata, walaupun keghairahan keluarga Islam menghantar anak ke sekolah Islam amat tinggi, namun ia tidak diiringi dengan kualiti institusi pendidikan itu sendiri.

"Ini dirasakan ketika mereka memilih menjadi imam. Akreditasi mereka dipersoalkan," jelasnya.

Majlis Tertinggi Institut Islam mendedahkan bahawa masih banyak institusi pengajian tinggi Islam yang tidak memenuhi kriteria akreditasi. Pada 2005, pakar parlimen daripada jawatankuasa Hak Asasi Manusia (HAM) menyatakan institusi pendidikan Islam khususnya di kampung tidak didaftarkan secara rasmi walaupun berada di bawah penyelarasan ketua mufti.

Semasa era komunis, umat Islam Bulgaria menghadapi kesukaran untuk mendapatkan akses kepada pendidikan. Mereka tidak berhak bercakap di khalayak ramai, bertudung dan berkhatan lelaki adalah dilarang.

Pelbagai tekanan ini menghampiri kejatuhan pada tahun 1985 apabila 310 ribu etnik Turki terpaksa menukar nama Islam mereka. Bantahan muncul di mana-mana. Pada Ogos 1989, apabila komunisme mula tercetus di Eropah timur, Bulgaria memaksa 360 ribu etnik Turki menyeberang ke tanah leluhur mereka.

Selepas komunisme tumbang, umat Islam bangkit semula. Ini ditandai dengan berfungsinya Masjid Banya Bashi sebagai tempat ibadat umat Islam yang tinggal di Bandar Sofia, sehingga kini. Hari ini, terdapat kira-kira lebih dari satu juta umat Islam yang tinggal di negara yang merupakan sebahagian daripada Empayar Uthmaniyyah selama lima abad.
 

0/komen