Mikrofon Logitech G Yeti GX Dan Yeti Orb Di Malaysia


Kini terdapat dua pilihan mikrofon baharu iaitu Logitech G Yeti GX dan G Yeti Orb mula ditawarkan di Malaysia. Ia di jual pada harga bermula RM269 untuk Yeti Orb, seterusnya RM659 pula untuk Yeti GX. Ketersediaan adalah menerusi pengedar sah Logitech di Lazada dan Shopee.


Kedua-duanya menawarkan saiz yang kompak sekaligus menjadikannya sesuai digunakan tanpa memerlukan ruangan besar. Turut dimaklumkan bahawa kedua-duanya diperbuat daripada sekurang-kurangnya 74% plastik yang dikitar semula. Selain turut menampilkan teknologi LIGHTSYNC RGB yang boleh dikostumasi menerusi perisian khusus GHUB Logitech G.


Teknologi BLUEVO!CE juga digunakan untuk kesan audio lebih baik termasuklah mencipta kesan bunyi tersesuai. Perkara ini juga sekaligus dapat memberi kualiti audio seumpama studio, yang menjadikannya lebih profesional untuk kegunaan penstriman. Melengkapinya juga adalah sambungan USB-C ke USB-A supaya ia boleh digunakan pada pelbagai peranti yang berkaitan.
 

0/komen