Motosikal Ikonik Honda Motocompacto Kini Versi Elektrik


Honda Motocompacto adalah sebuah motosikal kecil yang menyasarkan perjalanan jarak dekat dengan ia dipasarkan sehingga 1983. Selepas 40 tahun, Honda Motocompacto kini kembali dalam versi elektrik.

Seperti Motocompacto asal, versi baharu ini mengekalkan rekaan kompak boleh dilipat yang membolehkan ia disimpan di alam kereta sekiranya tidak digunakan. Ia boleh bergerak pada kelajuan 25 km/j, jarak perjalanan 20 km dengan sekali caj dan dicaj semula dalam masa 3.5 jam.





Apabila dilipat saiznya adalah seperti sebuah beg dengan berat sekitar 19 kilogram sahaja. Berat maksimum penunggang pula adalah 120 kilogram. Honda berkata Motocompacto elektrik ini menyasarkan perjalanan batu terakhir di dalam bandar dengan ia dijual pada harga USD $995 (~RM4665) sebuah.

komen