Pengganas Zionis Lancar Serangan Darat Di Gaza


Pengganas zionis mengumumkan bahawa pihaknya ‘meluaskan’ pencerobohan ke atas Semenanjung Gaza malam tadi ketika sistem komunikasi dan internet di wilayah Palestin terputus. 

Pengumuman itu dibuat ketika pengganas zionis memperhebatkan kempen pengeboman di Gaza untuk memusnahkan infrastruktur yang digunakan oleh pejuang Palestin termasuk Hamas.

Berpuluh-puluh ribu pengganas zionis berhimpun di sepanjang sempadan Gaza manakala sejak beberapa hari lalu, pengganas zionis berulang kali menceroboh Gaza dengan sokongan serangan udara dan bedilan artileri.

“Sebagai kesinambungan kepada serbuan yang kami lakukan sejak beberapa hari lalu, tentera darat meluaskan operasinya malam ini,” kata jurucakap tpengganas zionis, Laksamana Muda Daniel Hagari.

Dalam pada itu, Hamas menuduhpengganas zionis sengaja memusnahkan sistem komunikasi dan internet Gaza untuk melakukan kekejaman dan genosid tanpa pengetahuan media dan dunia.
 

0/komen