Pepper X Cili Paling Pedas


Cili Carolina Reaper bukan lagi paling pedas di dunia selepas seorang petani memperkenalkan lada Pepper X.

Berdasarkan data Universiti Winthrop di Carolina Selatan, cili Carolina Reaper mencatatkan bacaan 1.64 juta Unit Pedas Scoville (SHU), manakala Pepper X merekodkan purata 2,693,000 SHU.

Sehubungan itu, Guinness World Records mengumumkan Pepper X secara rasmi merupakan cili terpedas di dunia.

Pengasas Syarikat Puckerbutt Pepper dan pencipta cili Carolina Reaper, Ed Currie melancarkan Pepper X di saluran YouTube popular, First We Feast.

Katanya, dia mengambil masa 10 tahun untuk menghasilkan cili super pedas itu.

Buat masa kini, cili Pepper X tidak disediakan secara komersial tetapi orang ramai dapat mencubanya melalui sos pedas Pepper X yang dijual di pasaran. 
 

0/komen