Pertempuran Darat Hamas, Zionis Kian Sengit


Sayap tentera Hamas mendedahkan bahawa pasukan pejuangnya sedang bertempur secara sengit dengan pengganas zionis di Gaza.

Pengumuman terbaharu itu dilakukan ketika Rejim Pengganas Zionis mengerahkan lebih banyak tentera daratnya ke seluruh wilayah Palestin itu.

“Pasukan pejuang kami terlibat dalam pertempuran sengit dengan mesingan dan senjata antikereta kebal dalam menentang tentera penjajah (Israel) di barat laut Gaza,” kata Briged Al-Qassam dalam satu kenyataan akhbar.

Pengganas zionis  hari ini mengumumkan ia meningkatkan bilangan anggota yang bertempur di Semenanjung Gaza ketika Rejim Zionis memperluas skala peperangan dengan Hamas.

“Bagi sepanjang malam, kami meningkatkan kemasukan anggota Pasukan Pertahanan Israel (IDF) di Semenanjung Gaza.

“Mereka menyertai anggota yang sudah sedia bertempur di situ,” kata jurucakap pengganas zionis, Daniel Hagari dalam taklimat yang disiarkan di televisyen
 

0/komen