Selepas lebih empat tahun sejak Raspberry Pi 4 dilancarkan, Raspberry Pi 5 telah diumumkan sebelum jualan dibuka pada penghujung Oktober ini. Pada versi terkini pemproses baharu BCM2712 yang dilengkapi empat teras CPU Cortex-A76 yang menggunakan teknologi 16nm. Ini dipandkan pula dengan GPU VideoCore V. Dengan ini Raspberry Pi 5 mempunyai lebih banyak kuasa tetapi pada waktu yang sama kurang menggunakan tenaga.
Sistem RAM juga kini menyokong LDDR4X yang lebih pantas. Cip baharu rekaan sendiri RP1 turut digunakan sebagai pengawal I/O. Ini membolehkan Pi 5 dilengkapi 2X USB 3.0 , 2x USB 2.0, ethernet gigabit, sokongan kamera, PCI Express 2.0 empat lorong dan sokongan dua paparkan 4K 60FPS. Selain menjual papan PCB Raspberrry Pi 5, beberapa aksesori seperti sistem penyejuk, kerangka plastik, papan anak untuk aksesori M.2 dan banyak lagi.
Selain ini sistem operasi baharu Raspberry Pi 5 akan turut dilancarkan pada Oktober ini. Raspberry Pi 5 dijual pada harga USD $60 (~RM281) untuk versi 4GB dan USD $80 (~RM375) untuk versi 8GB.
Catat Ulasan