
Tidak sampai tempoh 48 jam padang baru Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) namun ia sudah kelihatan rosak sebaik 45 minit pasukan Malaysia beraksi menentang India pada perlawanan pertama Pestabola Merdeka 2023 malam tadi.
Jelas sekali padang yang bernilai jutaan ringgit itu kelihatan tercabut atau 'koyak' seawal lima minit sepak mula perlawanan membabitkan Malaysia menentang India sekali gus menimbulkan persoalan dikalangan penyokong bola sepak tanah air terhadap kualiti rumput yang digunakan itu.
Situasi terbabit juga mengganggu corak permainan kedua-dua pasukan apabila ada ketikanya bola melantun dan menghalang pergerakan pemain.
Malah, sebaik tamat separuh masa pertama menyaksikan kakitangan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) bertungkus lumus membaiki kembali padang yang rosak bagi memastikan kelancaran perlawanan membabitkan Malaysia bertemu India.
Semalam, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) merasmikan padang baharu SNBJ.
Rata-rata peminat bolas sepak tempatan menjelaskan kualiti rumput masih sama sebelum ini walaupun telah ditukar kepada rumput baharu beberapa bulan yang lalu.
Betul tu aku tengok rumput padang Bukit Jalil ni macam sama saja, ‘player’ lari atau ada bentesan mesti ada yang tercabut lagi. Nak kata hujan lebat hari ini pun tak ada,
Tak akan la rumput baru tukar masih macam tu, atau tempoh penggunaanya masih baru.
Terdahulu, SNBJ ditutup sejak 15 Jun tahun lalu bagi menjalani kerja baik pulih penggantian rumput selepas menjadi bahan kritikan selepas ditakungi air selepas beberapa perlawanan antarabangsa.
Proses tersebut melibatkan penggantian rumput jenis Zeon Zoysia dengan digantikan dengan rumput jenis Cow Grass yang bermula sejak April lalu.
Proses baik pulih itu dianggarkan mencecah kos sehingga RM1.4 juta dan di katakan di ditaja oleh Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT).
Catat Ulasan