Siling Megah Rise Mall Runtuh


Seramai tiga orang awam mengalami kecederaan akibat runtuhan siling di Megah Rise Mall di sini ekoran hujan lebat dan angin kencang.

Megah Rise Mall dalam kenyataan berkata, pihaknya kini sedang menyiasat punca kejadian selain mengambil tindakan segera untuk menangani situasi tersebut.

“Dukacita dimaklumkan bahawa siling di hadapan pintu masuk Megah Rise Mall runtuh kira-kira pukul 3 petang tadi.( semalam )

“Ia mengakibatkan seramai tiga orang mengalami cedera ringan,” katanya sebentar tadi."

Tambah kenyataan itu, orang ramai boleh menghubungi pihaknya melalui emel di megahrisemall@ppb.com.my. untuk pertanyaan lanjut.


“Keutamaan utama kami ketika ini adalah keselamatan dan kesejahteraan komuniti. Kami akan maklumkan perkembangan dari semasa ke semasa,” ujarnya.

Terdahulu, tular satu klip video di media sosial memaparkan detik cemas beberapa pengunjung ketika siling sebuah pusat belah belah di sini runtuh.

Klip video ini  turut menunjukkan tindakan pantas pengawal keselamatan mengarahkan pengunjung ke lokasi yang lebih selamat. 

0/komen