UFO Terhempas


Pelajar sebuah universiti di Madrid, Sepanyol terkejut melihat sebuah objek terbang tidak dikenali (UFO) terhempas di luar bangunan institusi pengajian tersebut.

Objek dikatakan menyerupai kapal angkasa itu ditemui di halaman  luar Fakulti Sains Alam Sekitar, Universiti Alcala pada 23 Oktober lalu.

Beberapa imej lain menunjukkan objek berbentuk piring terbang itu mempunyai sesuatu menyerupai antena televisyen pada bahagian atasnya.

Beberapa dakwaan menyebut bahawa objek tersebut dihasilkan oleh pelajar sendiri.

Pihak universiti mengesahkan insiden tersebut, namun enggan memberikan sebarang komen lanjut.

“Anda bertanya kepada kami, namun kami tidak mengetahui apakah objek tersebut. Kami sedang menyiasat insiden ini dan akan memberitahu kepada anda sejurus mendapat maklumat mengenainya,” kata seorang jurucakap universiti. 
 

0/komen