
Xiaomi Malaysia dilihat hadir dengan peranti boleh pakai baharu menerusi Smart Band 8 Active. Ia ditawarkan pada harga RM129 seutas dengan pilihan warna Pink dan Black.

Xiaomi Smart Band 8 Active dilengkapi binaan kerangka jam berbentuk empat segi dengan tali sejenis silikon. Skrin adalah sebesar 1.47-inci LCD dengan paparan berwarna dan sokongan sesentuh. Melengkapinya adalah sensor kesihatan dan kecergasan terbina termasuklah kadar denyutan jantung, pemantauan pola tidur, SpO2 dan banyak lagi. Selain itu ia juga menyokong lebih 50 mod sukan terbina, kalis air 5 ATM dan boleh bertahan sehingga 14 hari penggunaan.
Pembelian dalam talian :
Catat Ulasan