Bagaimana Cubaan Islam Di Perlekeh Suatu Masa Dulu

Kerana Berpuasa Empat Muslim Di Perancis Dibuang Kerja

 

Empat orang Muslim Perancis dipecat daripada pekerjaan mereka sebagai guru di kem panas Muslim kerana mereka berpuasa. Tindakan ini akan mencetuskan reaksi yang kuat daripada masyarakat Islam.

Mohand Yanat, peguam bagi empat orang itu, mengakui terkejut dengan pertimbangan majlis bandaran terhadap pemecatan itu. Beliau beranggapan adalah tidak wajar menilai keupayaan seseorang untuk menjalankan kerja berdasarkan ajaran agama.

“Bagaimana mungkin,” katanya (1/8/2012).

Empat guru Islam telah dipecat dari perkhemahan musim panas kanak-kanak di Geenevilliers, Paris. Pihak majlis bandaraya berpandangan puasa menjejaskan keupayaan guru menjalankan tugas.

"Mereka tidak menunaikan kewajipan mereka yang boleh membahayakan keselamatan kanak-kanak," kata jurucakap Gennervillers.

Majlis bandaran berhujah bahawa seorang kanak-kanak telah cedera tahun lalu akibat kecuaian seorang pengajar wanita Islam yang tidak menumpukan perhatian. "Mereka yang berpuasa tidak mempunyai tumpuan penuh yang diperlukan untuk memastikan aktiviti kem mematuhi prosedur keselamatan yang ditetapkan," kata jurucakap itu.

Seorang guru yang dipecat, Samir, berkata majlis bandar raya dan pengurusan telah mengabaikan kebebasan beragama orang ramai. Lebih penting lagi, tiada bukti kukuh bahawa orang yang berpuasa kehilangan kebolehan mereka. “Keputusan ini tidak adil,” katanya.

Majlis Ugama Islam Perancis (CFCM) dalam kenyataan rasminya berkata bahawa berpuasa adalah kewajipan sebagai seorang Muslim, dan hak sebagai masyarakat beragama. Sebabnya, tiada mana-mana pihak boleh melarang umat Islam daripada melaksanakan hak asasi mereka sebagai masyarakat beragama.

"Kebebasan beragama adalah hak asasi," kata jurucakap CFCM Abdallah Zekri.


0/komen