
Tular pergaduhan antara dua pemilik kenderaan elektrik kerana berebut untuk mengecas kereta elektrik.Insiden dipercayai berlaku baru-baru ini.
Kejadian itu dipercayai berlaku di sebuah stesen pengecas kenderaan elektrik di China.
Rakaman video ini memaparkan seorang lelaki berbaju gelap enggan melepaskan kabel pengecas walau direbut oleh lelaki berbaju putih, lantaran pergelutan berlaku.
Insiden itu berakhir dengan seorang wanita cuba memenangkan kedua-dua individu terbabit.
Ini menunjukkan bilangan kereta elektrik yang jauh lebih tinggi berbanding stesen pengecas yang ada.
Catat Ulasan