
Sebuah majlis perkahwinan di Indonesia menjadi perhatian ramai kerana memberikan sayuran sebagai cenderahati kepada tetamu.
Majlis perkahwinan pasangan Andini dan Tirta itu dilihat seperti suasana di pasar kerana terdapat pelbagai jenis sayur yang disediakan.
Tetamu pula dilihat berpusu-pusu memilih sayur yang mereka mahu.
Selain itu, beg plastik turut disediakan pada majlis itu untuk memudahkan tetamu membawa pulang sayur-sayuran tersebut.
Sebahagian besar tetamu wanita mengambil satu persatu jenis sayur yang disediakan dengan penuh kegembiraan.
Bagus juga beri cenderahati sayur. Namun, lebih bagus kalau tuan rumah sudah sedia membungkus sayur-sayuran tersebut supaya tetamu mendapat habuan yang sama rata.
Ini lebih bagus daripada cenderahati yang pelik. Ia dapat membantu tetamu yang mungkin kehabisan wang. Semoga mendapat keberkatan.
Catat Ulasan