CelcomDigi Mengumumkan Kemaskini Harga Untuk Pelan Jalur-Lebar


CelcomDigi sedia mempunyai penawaran pelan jalur-lebar fiber, dan turut menyediakan potongan harga khusus untuk para pengguna pelan pascabayar Celcom atau Digi. Kini CelcomDigi turut mengumumkan kemaskini untuk harga langganan mereka.

Kemaskini harga langganan baharu ini akan aktif untuk semua pelanggan baharu, dan juga pengguna pelan sedia ada. CelcomDigi turut menyatakan tiada sebarang lanjutan kontrak akan dilakukan, dan proses untuk semua pelanggan sedia ada adalah automatik.

Melalui pelan baharu ini, ia hadir dengan pakej permulaan 100Mbps pada harga RM99 sebulan – atau RM89 sebulan sekiranya anda merupakan pengguna pelan pascabayar Digi atau Celcom.

Berikut merupakan harga pengenalan untuk pelan jalur-lebar baharu Celcom ini:

100Mbps – RM99 sebulan
300Mbps – RM139 sebulan
500Mbps – RM159 sebulan
800Mbps – RM249 sebulan
1Gbps – RM289 sebulan

Pelanggan pascabayar sedia ada Celcom dan Digi akan menerima potongan sebanyak RM10 untuk langganan sekiranya melanggan pakej jalur-lebar 100Mbps sehingga 500Mbps. Untuk pelan 1Gbps pula, rebat RM20 disediakan, sementara tiada rebat untuk pelan 800Mbps.




komen