Cooler Master Sneaker X Mula Dijual Di Amerika Syarikat


Komputer desktop Cooler Master Sneaker X telah diperkenalkan pada awal tahun ini oleh pembuat aksesori dan perkakasan komputer Cooler Master sebagai sebuah konsep komputer yang bertemakan kasut sneaker.

Syarikat tersebut telah mengesahkan bahawa mereka akan menjual komputer tersebut, dan kini, ia nampaknya telah hadir di pasaran pertama mereka, iaitu Amerika Syarikat. 

Ianya  dijual di Amazon hanya pada harga USD $3799 / RM 17954

Dari segi spesifikasi, komputer ini dilihat dikuasakan oleh cip pemprosesan Intel Core i7-13700K, 32GB memori DDR5 dan storan SSD PCIe 4.0 sebesar 2TB. Sebuah kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4070Ti dilihat menguasakan bahagian grafik komputer ini untuk pengalaman gaming yang sangat baik, walaupun didalam sebuah rangka yang padat.


Komputer desktop Cooler Master Sneaker X ini nampaknya hanya ditawarkan melalui Amazon.

0/komen