Didapati Bersalah Dalam Skandal Penipuan FTX


Pengasas perkhidmatan pertukaran mata wang kripo FTX, Sam Bankman-Fried (SBF) telah didapati bersalah oleh dalam kes penipuan yang melibatkan kerugian berbilion Dollar. SBF bersalah dalam tujuh pertuduhan melibatkan pengubahan wang haram dan penipuan atas talian. Juri hanya mengambil masa empat jam untuk mendapati beliau bersalah dalam perbicaraan yang sudah berlangsung hampir sebulan.

Beliau kini berhadapan hukuman penjara sehingga 115 tahun dengan ia akan dijatuhkan pada Mac tahun depan. Ini adalah perubahan nasib yang mendadak buat SBF yang hanya beberapa tahun yang lalu dinobatkan sebagai Warren Buffet generasi baharu dengan beliau berjanji mendermakan harta kekayaan untuk tujuan kemanusiaan.

Sepanjang perbicaraan saksi yang terdiri daripada bekas kakitangan FTX dan Alameda Research mengatakan SBF terlibat secara sengaja memindahkan dana pelanggan untuk kegunaan peribadi. Skandal FTX menyebabkan pelbagai nilai kripto dan juga beberapa syarikat kripto lain turut terjejas teruk.
 

0/komen