Didenda Tunggang Jet Ski Di Jalan Raya


Sekumpulan lelaki di Thailand didenda kerana menunggang jet ski yang diubah suai di  jalan raya.

Empat lelaki tersebut menunggang jet ski yang diubah suai menjadi skuter di jalan Som Sang, wilayah Pathum Thani.

Mereka menunggang kenderaan air itu sambil diiringi sebuah motosikal dan trak pikap.

Hendal jet ski tersebut menunjukkan bahawa ia diubah suai daripada motosikal, menjadikannya kelihatan seperti kenderaan hibrid.

Ramai yang  mempersoalkan sama ada aktiviti tersebut dibenarkan atau sebaliknya.

Turut dipersoalkan adalah tindakan kumpulan tersebut yang tidak memakai topi keledar.

Pihak berkuasa  kemudianya mengeluarkan saman kepada mereka dengan salah seorang daripada lelaki tersebut mengaku bahawa mereka telah membayar saman di balai polis semalam.

Mengikut undang-undang Thailand,  menggunakan kenderaan yang diubah suai atau memandu kenderaan dalam keadaan berbahaya dan tidak stabil serta membahayakan orang lain berdepan denda antara 500 baht hingga 2,000 baht (RM66 hingga RM267).
 

0/komen