Penduduk Britain keliru apabila melihat terdapat lingkaran terang di sekeliling Bulan.
Kejadian ganjil itu berlaku pada Sabtu lepas. Fenomena yang turut dikenali sebagai Halo itu berpunca daripada pembiasan cahaya Bulan oleh hablur-hablur ais yang terbentuk di atmosfera pada musim sejuk.
Fenomena itu dapat dilihat di pelbagai tempat di Britain termasuk Surrey, Kent dan Derbyshire.
Orang ramai mengambil kesempatan menggunakan media sosial untuk berkongsi gambar lingkaran cahaya itu.
Seorang penduduk England, Greg McPhillips, 60, berkata: “Fenomena ini agak mistik. Ia membuatkan saya tertanya-tanya bagaimana reaksi mereka yang hidup beratus-ratus tahun lalu apabila melihat perkara ini berlaku.”
Seorang lagi penduduk, Helen Challand, 42, dari Buxton, Derbyshire berkata: “Saya keluar malam untuk melihat (cahaya terang) aurora dan melihat Bulan mempunyai lingkaran cahaya yang indah di sekelilingnya dan (planet) Musytari berada di sebelahnya.
Catat Ulasan