Kisah Ngeri Diseksa Pengganas Zionis


Seorang remaja Palestin yang dibebaskan dari penjara Israel mendedahkan bahawa tahanan diseksa dalam kurungan sehingga ada yang dibelasah sehingga mati.

Khalil Mohamed Badr al-Zamaira, 18, berumur 16 tahun ketika dia ditahan oleh tentera pengganas zionis.

Menurutnya,  ramai tahanan dianiaya dan dipukul serta tiada layanan berbeza untuk kanak-kanak di penjara Rejim Pengganas Zionis.

“Mereka tidak membezakan antara tua dan muda. Dua remaja telah dipindahkan dari penjara Ofer dengan keadaan patah tulang rusuk. Mereka tidak dapat bergerak,” ujarnya.

Seorang lagi remaja Palestin yang dibebaskan, Omar al-Atshan berkata, dia dianiaya dan diseksa di penjara Naqab sebelum dibebaskan.

“Penganiayaan itu tidak dapat digambarkan,” katanya semasa liputan secara langsung ketibaan banduan-banduan yang dibebaskan di Tebing Barat.

Omar berkata, mereka secara rutin dipukul dan dimalukan di penjara, manakala air dan makanan adalah terbatas.

“Semasa dibebaskan, askar-askar pengganas zionis mengarahkan mereka menundukkan kepala dan kemudian memukul mereka,” katanya. 
 

0/komen