Pengganas Zionis Cabuli Gencatan Senjata


Pengganas zionis didakwa melanggar perjanjian gencatan senjata pada pagi semalam apabila melepaskan bedilan meriam di utara Gaza, khususnya di kejiranan Sheikh Radwan, selatan Gaza, timur bandar Rafah dan Khan Yunis.

Tentera Rejim  Pengganas Zionis melepaskan bedilan meriam dan peluru asap di barat kejiranan Sheikh Radwan semasa tenteranya melakukan pengunduran.

Pengganas zionis didakwa melanggar perjanjian gencatan senjata itu bertujuan untuk menyembunyikan pengundurannya dari bahagian tengah kawasan kejiranan tersebut.

Selain itu, tembakan asap dilepaskan ke arah bangunan kediaman orang awam di Kem Pelarian Al-Shati, utara Gaza.

Sementara itu,dilaporkan bahawa kereta kebal pengganas zionis melepaskan tembakan di selatan kawasan di Semenanjung Gaza, timur bandar Rafah dan Khan Younis.

Juga di laporkan bahawa pengganas zionis menggunakan bom tangan gegaran.

Sebelum ini, pengganas zionis dan Palestin telah bersetuju melaksanakan gencatan senjata selama empat hari bermula pada Jumaat lalu tetapi dilanjutkan untuk tempoh dua hari.

Menurut Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza, jumlah kematian perang Israel telah meningkat kepada lebih 15,000 penduduk termasuk lebih 6,150 kanak-kanak dan lebih 4,000 wanita. 
 

0/komen