
Situasi konflik Israel dan Gaza semakin cemas akhir-akhir berikutan serangan balas yang dilakukan oleh rejim Pengganas Zionis. Sebanyak 6000 bom dianggarkan telah digugurkan dalam masa lebih seminggu yang mengorbankan ribuan warga Gaza yang tidak mempunyai jalan keluar. Walaupun yang diserang teruk adalah penduduk Gaza, pengganas zionis dilaporkan dalam perbincangan dengan Starlink untuk menggunakan sistem internet sandaran sekiranya sistem utama mereka mengalami gangguan.
Ini diumumkan oleh Menteri Komunikasi Negara Haram Israel Shlomo Karhi pada status akaun X beliau. Pada ketika ini perkhidmatan Starlink masih belum ditawarkan di Israel. Jika persetujuan berjaya dilakukan, ia akan menjadi kali kedua Starlink digunakan dalam konflik ketenteraan.
Di Ukraine ratusan unit Starlink digunakan tentera Ukraine kerana rangkaian internet sedia ada musnah selepas lebih setahun konflik dengan Rusia berlangsung. Ironi di sini ialah ketika Israel ingin menggunakan Starlink sebagai sistem internet sandaran, Israel sedang mempertimbangkam mematikan sistem selular dan internet di Gaza.
\
Catat Ulasan