
Bukan sahaja rumah kotor dan rosak malah sepasang suami isteri terduduk apabila terpaksa menanggung kerugian lebih RM6,000 akibat tindakan penyewa ‘mental’.
Menurut anak pasangan tersebut, Abdul Latif Ab Razak, rumah sewa kedua ibu bapanya itu terletak di Taman Cempaka, Ipoh.
Menerusi beberapa keping gambar memaparkan keadaan rumah yang bukan sahaja kotor dengan sampah-sarap malah kebanyakan peralatan juga musnah.
Katanya, kos membersih, tunggakan sewa, hutang bil api dan air dan baikpulih kerosakan mencecah RM6,000 menyamai nilai sewaan selama setahun.
“Kesian mak ayah aku kena hadap penyewa mental macam ini. Punya strategik kawasan ni. Dia nak apa kemudahan semua berhampiran sahaja."
“Tapi dah tertulis ujian kami sekeluarga selalu dapat penyewa begini. Bukan sekali dua berlaku. Dari sepatutnya raih pendapatan pasif tapi jadi sebaliknya,” katanya lagi..
Tambahnya, dia menyarankan agar orang ramai yang ingin menjana pendapatan pasif menerusi rumah sewa untuk melantik perunding hartanah bagi memastikan penyewa mematuhi undang-undang.
“Tak semudah ABC nak raih pendapatan melalui rumah sewa. Melantik perunding hartanah adalah menjadi kewajipan pada setiap pemilik aset."
“Lepas ni kena letak tepi dah bab kesian kat orang lain. Kita baca konon nak mudahkan urusan mereka yang sedang dalam kesulitan."
“Biarlah lebih bertegas. Jangan naif sangat. Nak masuk sewa rumah kena ikut undang-undang. Deposit, perjanjian dan buturan lengkap penyewa semua kena ada. Sebab bila jadi macam ini siapa nak kesian dekat kita,” luahnya.
Catat Ulasan