Sepasang kekasih di Taiwan merakam gambar perkahwinan mereka di tempat pelupusan sampah.
Aktivis alam sekitar Greenpeace, Iris Hsueh dan tunangnya bergambar berlatarbelakangkan ‘gunung sampah’ di kawasan Perbandaran Puli, tengah Taiwan pada 14 Oktober lalu.
Wanita itu ingin menggalakkan penduduk Taiwan untuk mengurangkan ‘sisa berlebihan’ terutamanya semasa mengadakan majlis perkahwinan.
Pasangan itu akan mengadakan ‘perkahwinan mesra alam’ pada Januari 2024. Mereka meminta tetamu untuk membawa bekas sendiri dan membawa pulang sisa makanan.
“Ramai rakan dan saudara sejak itu memberitahu saya bahawa mereka cukup terharu apabila melihat gambar perkahwinan kami dan mereka sanggup menjadi vegetarian.”
“Atau mereka sanggup mula membawa bekas makanan mereka sendiri,” tambah Hsueh.
Kekurangan insinerator dan ruang tapak pelupusan yang tidak mencukupi telah menyebabkan peningkatan sampah di Puli.
Jumlah sampah yang dihasilkan di Puli meningkat lebih dua kali ganda, daripada 20 tan dalam tahun 1980-an kepada 50 tan metrik setakat ini.
Catat Ulasan