Siri Roborock Q5 Pro Dan Dyad Air Kini Di Malaysia


Roborock yang merupakan pengeluar pembersih hampagas pintar kini mengumumkan pengenalan Siri Roborock Q5 Pro dan Dyad Air dengan fokus dan kelebihan masing-masing. Dalam masa sama turut memberi manfaat kepada pengguna dengan menyediakan lebih pilihan di pasaran.


Sebanyak dua jenis robot penyedut hampagas telah diumumkan di bawah siri Roborock Q5 Pro yang sebahagian besar spesifikasinya adalah sama. Dikenali sebagai Q5 Pro dan Q5 Pro+. kedua-duanya boleh berfungsi sebagai mesin hampagas pintar, yang turut mengelap lantai. Melaluinya sistem dwi-mop berputar serba baharu digunakan dengan kemampuan membersih kotoran degil lebih berkesan.

Kuasa sedutan pula boleh mencapai kadar 5,500Pa yang menjadikan proses membersih serpihan atau habuk lebih mudah. Penggunaan bersama aplikasi Roborock amat diperlukan untuk sokongan fungsi yang lancar termasuk kebolehan menjadualkan pembersihan, membuat peta rumah dan menetapkan zon larangan tertentu untuk mengelakkan isu tersangkut pada mana-mana permukaan.

Kelebihan diberikan pada variasi Pro+ apabila lengkap dengan kebolehan mengosongkan kotoran dalam tangki habuk secara automatik. Hal ini sekaligus membolehkan pengguna membiarkan robot hampagas ini melakukan pembersihan tersebut sendiri lebih sebulan tanpa perlu risau isu penuh.

Seterusnya Roborock Dyad Air pula merupakan mesin pembersih hampagas nirwayar pintar.Ia juga menampilkan sistem dwi-mop berputar yang boleh membersih sehingga 3mm ke tepi dinding. Dalam masa sama dilengkapi sensor DirTect untuk pembersihan pintar.

Ia dikatakan secara bijak boleh menyesuaikan kuasa pembersihan dan bekalan air bergantung pada keadaan lantai. Ia bukan sahaja bagi memastikan pembersihan yang optimum, malahan turut menjimatkan penggunaan tenaga.


Seterusnya motor disertakan pula mampu menawarkan kuasa sedutan sehingga 17,000Pa. Dalam pada itu terdapat juga dua tangki yang dimuatkan dengan saiz 990ml bagi menyimpan cecair pembersih, sementara itu tangki sebesar 770ml lebih kecil untuk simpanan cecair kotoran.

Bateri diberikan pula boleh bertahan sehingga 50 minit penggunaan dengan sekali pengecasan, dan penggunaan bersama aplikasi amat disarakan untuk fungsi lebih pelbagai.


Di Malaysia Roborock Q5 Pro dijual pada RM1,799 yang kemudiannya meningkat kepada RM2,099 untuk Roborock Q5 Pro+. .

0/komen