Snapdragon 8 Gen 3 Kini Rasmi


Qualcomm Snapdragon 8 Gen 3 telah dilancarkan secara rasmi di acara Snapdragon Summit. Cip mercu untuk peranti Android ini disahkan mengekalkan penggunaan teknologi 4nm.


Bagi meningkatkan prestasi, Snapdragon 8 Gen 3 menggunakan penggunaan lapan dengan konfigurasi kluster 1+5+2 CPU Kryo serta GPU Adreno yang terkini. Teras utama CPU Cortex-X4 berfungsi pada kelajuan 3.3GHz, 3x CPU Cortex-A720 3.2GHz, 2x CPU Cortex-A720 3.0 GHz dan 2x CPU Cortex-A520 pada kelajuan 2.3 GHz.


Snapdragon 8 Gen 3 menawarkan peningkatan kemampuan CPU sehingga 30% tetapi dengan penjimatan kuasa sehingga 20% serta kemampuan NPU melonjak sehingga 985. Pada peringkat GPU pula peningkatan prestasi sebanyak 25% ditawarkan dengan pengurangan penggunaan tenaga juga sehingga 25%. Bagi aplikasi dengan ciri ray tracing, cip generasi terkini ini membawakan peningkatan memproses sehingga 1.5X.


Qualcomm berkata mereka menyasarkan prestasi seakan konsol pada telefon pintar. Enjin Unreal Engine 5.2 dengan Lumens disokong sepenuhnya bersama dengan sokongan Global Illumination yang selama ini hanya dinikmati pada konsol dan PC.


Kadar bingkai sehingga 240FPS dalam permua boleh dicapai menerusi teknologi Adreno Frame Motion Engine 2.0 yang sama dengan DLSS yang disokong pada GPU NVIDIA. Skrin 4K 60Hz disokong atau sambungan kepada skrin luaran sehingga 8K. Ini dilakukan dengan bantuan Snapdragon Game Super Resolution


Penekanan diberikan kepada kemampuan kecerdasan buatan sama sahaja seperti Snapdragon 1 Elite. Ia bolen menjalankan model AI Llama-2 terus dalam peranti untuk pembantu maya, memproses imej model Stable Diffusion dalam masa beberapa saat dan melakukan ciri menambah imej pada gambar seperti Generative Field pada Photoshop terus dari dalam cip tanpa perlu sambungan internet.


Dengan modem Snapdragon X75 5G pula, sambungan internet pantas 10Gbps boleh dinikmati bersama dengan rangkaian WiFi 7. Spesifikasi lain ialah sokongan kamera sehingga 200MP, Snapdragon Audio dan bluetooth 5.4.

0/komen