Storan SSD PCIe 5.0 Dengan Kelajuan Pembacaan Dan Penulisan Data 10GB/s


SiliconPower XS80 ialah sebuah storan SSD PCIe 5.0 dalam rekabentuk M.2 yang tampil dengan rekaan yang serba menarik, dimana ia terkandung didalam rangka yang diperbuat dengan logam, dan didalamnya ialah bahan penebat haba yang memastikan bahawa SSD ini beroperasi pada suhu yang optimum.


Dari segi kelajuan pembacaan dan penulisan data, SSD XS80 ini mampu melakukan kedua-duanya pada kadar 10GB/s, dan SiliconPower mengatakan bahawa ia akan hadir dalam dua pilihan storan, iaitu 1TB dan 2TB, menggunakan cip NAND 3D 32 lapis.

Diperkenalkan di acara Penny Arcade Expo di Australia, SiliconPower buat masa ini masih belum mengesahkan lagi bilakah mereka akan mula menjual storan SSD XS80 ini, mahupun tanda jualannya.

0/komen