TCL Melancarkan 4 Model Televisyen Di Malaysia


TCL Malaysia turut melancarkan 4 model televisyen baharu untuk pasaran tempatan. Setiap televisyen ini mempunyai keunikan tersendiri seperti sokongan IMAX Enhanced, skrin Mini-LED, menjalankan Google TV, serta turut juga hadir dengan variasi kadar segar semula 144Hz.

TCL QD-Mini LED 4K TV C755

Ini adalah model televisyen TCL yang premium dengan panel skrin Quantum Dot Mini LED. Mempunyai beberapa pilihan saiz skrin dari 50″ ke 98″, menyokong resolusi 4K UHD, kadar segar semula sehingga 144Hz VRR, paparan Dolby Vision IQ, IMAX Enhanced dan juga HDR10+ dengan kecerahan HDR 1300-nits. TV ini dikuasakan dengan cip AiPQ PROCESSOR 3.0 dan menjalankan Google TV.



TCL C755 hadir dengan 2x pemacu 10W dan 1x pemacu 20W, dengan sokongan saluran 2.1. Sistem audio dikuasakan oleh Dolby Atmos dan juga DTS-HD + DTS Virtual X. TV ini turut memfokuskan kepada permainan video dengan Game Master 2.0, terdapat sokongan HDMI 2.1 dan AMD FreeSync Premium Pro.

TCL turut membenarkan pengguna menonton 4 skrin sekali gus dengan Multi View 2.0 atau menyiarkan kandungan dengan Apple AirPlay 2. TV ini turut boleh menjadi hab peranti-berhubung, sokongan sambungan kamera web untuk telesidang, dan hadir dengan rekaan premium, bezel nipis serta kelihatan elegan.

TCL Mini-LED All-Round TV C845

TCL Mini-LED All-Round TV C845 hadir dengan spesifikasi televisyen yang lebih kurang sama dengan C755, tetapi saiz terhad dari 65″ dan 75″ sahaja. Masih menggunakan panel Quantum Dot Mini LED, 4K UHD, HDR10+, IMAX Enhanced tetapi kecerahan adalah HDR 2000-nits yang lebih terang.

Speaker yang digunakan adalah ONKYO dengan pemacu 10+15 Watt dan 20W, serta menyokong Dolby Atmos. Ciri dan fungsi lain seperti AirPlay 2, Game Master 2.0, Google TV dan hab peranti berhubung disertakan bersama.


TCL C645
TCL C645 pula hadir menggunakan panel QLED, menawarkan skrin bersaiz dengan pilihan 50″, 55″, 65″, 75″ dan 85″. Televisyen ini masih menyokong paparan Dolby Vision dan HDR10+, tetapi kadar segar semula terhad kepada 120Hz sahaja. Televisyen ini turut hadir dengan sistem operasi yang dikuasakan Google TV.


Saluran audio yang disertakan pada televisyen model ini adalah hanya 2.0 dengan Dolby Atmos serta DTS-HD Decoding + DTS Virtual:X melalui pemacu audio 2x 15W. Ciri permainan terhad kepada Game Master dengan sokongan HDMI 2.1 dan AMD FreeSync. TCL menjamin kualiti paparan terbaik dengan warna yang memuaskan yang dikuasakan AI untuk pengalaman menonton yang lebih memuaskan.

TCL P745

Akhir sekali adalah televisyen asas premium mereka dengan panel LCD, iaitu model TCL P745. Siri televisyen ini hadir dengan pilihan saiz 85″ dan 98″, dengan sokongan paparan HDR10 dan Dolby Vision. Ia turut hadir dengan sokongan mod permainan melalui pengaktifan ciri Game Master dan AMD FreeSync.

Sistem audio adalah dengan sokonngan saluran 2.0, Dolby Atmos dan DTS-HD melalui pemacu audio 2x 15W. Masih menjalankan Google TV dan dijana cip yang sama dengan model-model TV yang turut dilancarkan sama hari ini. TV ini walaubagaimanapun tiada sokongan AirPlay 2. Pengguna juga perlu memuat-turun sejumlah ciri secara manual pada model televisyen versi asas ini.

Harga

Berikut adalah harga jualan rasmi televisyen baharu TCL 2023 ini di Malaysia;

TCL C755

55″ – RM7,999.
65″ – RM8,999.
85″ – RM15,999.
98″ – RM29,999.

TCL C845

65″ – RM9999, promosi pelancaran RM6,999 + baucar TnG RM300.

75″ – RM12999 promosi pelancaran RM9,999 + baucar TnG RM500.

TCL C645

50″ – RM3,299 promosi pelancaran RM1,999 dengan baucar TnG RM100.

55″ – RM4,299 promosi pelancaran RM2,499 dengan baucar TnG RM100.

65″ – RM5,599 promosi pelancaran RM2,999 dengan baucar TnG RM200.

75″ – RM8,999 promosi pelancaran RM5,499 dengan baucar TnG RM200.

85″ – RM10,999 promosi pelancaran RM7,999 dengan baucar TnG RM300.

TCL P745

85″ – RM8,999.
98″ – RM16,999.

0/komen