Budak Curi Forklift


Seorang budak lelaki berumur 12 tahun ditahan selepas dia mencuri sebuah forklift dalam salah satu aksi pengejaran  paling lambat di dunia.

Kejadian berlaku di bandar  Ann Arbor, negeri Michigan, baru-baru ini.

Polis berkata, suspek merempuh sekurang-kurangnya 10 kenderaan semasa dia memandu  forklift  itu  pada kelajuan antara 24.14 kilometer sejam  hingga 32.18 kilometer sejam melalui jalan di sebuah kejiranan.

Kereta peronda polis mengikuti suspek sehingga dia  berhenti memandu. Budak lelaki itu kemudian  ditahan dan dibawa ke sebuah pusat tahanan juvana, manakala tiada sesiapa pun cedera dalam kejadian itu.

Budak lelaki itu membuka kunci forklift itu  yang disembunyikan di dalam sebuah teksi, demikian menurut siasatan awal. 
 

0/komen