EcoFlow River 2 Kini Di Malaysia


EcoFlow adalah jenama stesen janakuasa mudah alih atau powerbank gergasi yang baru sahaja memasuki pasaran Malaysia. Mereka menawarkan pelbagai variasi produk dari jenis yang menyokong tenaga solar, peti sejuk beku mudah alih sehinggalah pengecas kenderaan elektrik.

Sempena EcoFlow Power Frenzy yang telah berlangsung bermula 11 November sehingga 13 November yang lalu, banyak produk mereka boleh dibeli pada harga bermula RM999. Salah satu daripadanya adalah EcoFlow River 2. Ia merupakan powerbank dengan bateri LiFePO4 dengan ketahanan 3000 pengecasan dalam masa 10 tahun.


Terdapat port DC, palam kuasa, USB-A dan USB-C PD 100W disediakan untuk mengecas pelbagai jenis peranti. Dalam ujian di Amanz, River 2 tiada masalah untuk membekalkan kuasa kepada sebuah monitor, PlayStation 5, menyambung beberapa lampu studio Amanz dan juga mengecas beberapa peranti serentak.

Berikut adalah senarai produk EcoFlow lain yang boleh dibeli pada harga diskaun;

EcoFlow River 2 Max – RM1799
EcoFlow River 2 Pro – RM2499
EcoFlow Delta 2 – RM3599
 

0/komen