Garmin Descent G1 Solar – Ocean Edition Di Malaysia

Garmin Descent G1 Solar – Ocean Edition secara rasminya diumumkan untuk pasaran Malaysia. Ia menjadi tambahan terkini untuk siri jam tangan Descent G1 Solar sebelum ini dengan tubuh tahan lasak untuk kegunaan menyelam. Lebih menariknya apabila keseluruhan tubuh termasuk kerangka, bezel dan butang fizikal diperbuat daripada bahan kitar semula.

Selain reka bentuk mesra alamnya, jam tangan juga dilengkapi sokongan pengecasan kuasa solar. Sekaligus boleh beroperasi lebih lama sehingga 25 jam dalam mod menyelam, dan sehingga 124 hari dalam mod jam tangan pintar. Terdapat juga pelbagai mod menyelam terbina (termasuk nitrox dan trimix) yang boleh dimanfaatkan sepenuhnya oleh pengguna untuk pengalaman lebih baik. Selain dilengkapi juga pelbagai ciri dan fungsi sukan lain untuk gaya hidup sihat.



Turut disertakan ialah skrin monokrom sebesar 0.9″ yang digabungkan dengan kerangka polimer bertulang bersaiz 45mm. Kemudiannnya juga menyokong kalis air 100 meter, GPS berbilang jalur, dan perisian serba baharu untuk bacaan lebih tepat. Descent G1 Solar – Ocean Edition boleh dibeli pada harga RM3,087 bermula penghujung Disember ini.

0/komen