Jadi ‘Jutawan’ Hanya Kerana Telefon Bimbit

Seorang penghantar makanan bermotosikal menjadi ‘jutawan’ kerana membantu seorang pelancong asing menemui telefon bimbitnya di Pantai Canggu, Pulau Bali.

Menurut  seorang pelancong Britain, Archie Davey yang menceritakan  bagaimana  telefon bimbitnya yang hilang.

“Apabila anda hilang telefon di Pantai Canggu, tawarkan dua juta  rupiah (RM602.10) di media sosial sebagai ganjaran,” tulis Davey.

Beberapa penunggang motosikal GoJek yang biasanya menawarkan penghantaran makanan giat mencari telefon bimbit itu.

Pelancong itu juga menunjukkan dia mengira 20 keping wang kertas berdominasi 100,000 rupiah (RM30.11) di tepi pantai itu

Namun secara bergurau bahawa ia adalah cara mudah untuk menjadi ‘jutawan’.

Hadiah itu mungkin kecil untuk sesetengah orang tetapi ianya mampu membuatkan seseorang berasa gembira.

0/komen