Kulat Pembunuh Serang Askar Pengganas Zionis


Jangkitan sejenis kulat berbahaya telah mengakibatkan kematian seorang askar pengganas zionis, manakala sekurang-kurangnya 10 yang lain dimasukkan ke hospital awal bulan ini.

Askar yang menyertai serangan darat itu dikatakan bertarung nyawa akibat jangkitan kulat di sebuah hospital selama beberapa hari sebelum meninggal dunia.

Sekurang-kurangnya 10 askar lain telah didiagnosis dengan jangkitan kulat yang dialami semasa mereka menyertai serangan darat di Gaza.

Ketua Unit Penyakit Berjangkit dan Makmal di Pusat Perubatan Sheba, Profesor Gila Rahav berkata, kulat itu terdapat di Gaza dan tidak tumbuh semasa peperangan sebelum ini di wilayah Palestin tersebut. 

Rahav menegaskan mengenai kemungkinan sumber kulat itu adalah daripada air kumbahan. Dia menambah bahawa siasatan sedang dijalankan untuk menentukan sama ada ia berasal dari terowong bawah tanah.

Persatuan Penyakit Berjangkit Israel dilaporkan akan mengadakan mesyuarat tergempar minggu depan dengan pakar-pakar epidemiologi Rejim Pengganas Zionis dan Kementerian Kesihatan berhubung penyakit kulat itu. 
 

0/komen