Motosikal Elektrik Kawasaki Ninja e-1 & Z e-1 Dilancarkan Di Indonesia


Dari tahun 2019 lagi Kawasaki telah mengumumkan pembangunan motosikal elektrik mereka dan pada Oktober yang lalu Kawasaki telah melancarkan sebuah motosikal elektrik iaitu Kawasaki Ninja e-1 dan Z e-1 yang mengikut acuan model Ninja yang sedia ada iaitu Ninja/Z 250cc & 400cc serta tidak kelihatan seperti motosikal elektrik yang lain. Kawasaki Indonesia  baru sahaja melancarkan model ini untuk pasaran mereka.  


Kawasaki Ninja e-1 dan Z e-1 ini dikuasakan oleh motor elektrik yang mendapat aliran kuasa daripada dua pek bateri Li-Ion berkapasiti 50.4 V / 30 Ah. yang boleh ditanggalkan dengan berat 11.5kg setiap satu dan dimuatkan di ruangan ‘tangki’ hadapan yang boleh diakses dari bukaan penutup atasnya. Tempoh cas penuh bateri ini ialah sekitar 4 jam untuk setiap unit bateri yang menawarkan jarak perjalanan sehingga 72km dan ia tidak menggunakan pengecasan kenderaan elektrik yang sedia popular seperti sambungan Type 2 atau ChaDEMo. 


Model e-1 dan Z e-1 mempunyai dua mod kuasa iaitu ROAD dan ECO dengan julat kelajuan yang hampir sama. Kelajuan bagi mod ROAD boleh mencapai sehingga 80km/j manakala, kelajuan bagi mod ECO dihadkan kepada 60km/j. Kedua mod ini mempunyai fungsi e-Boost di mana penunggang boleh membawa sehingga kelajuan mencecah 105km/j.


Model elektrik ini dibina dengan berat 308.7 lb. Bukan itu sahaja, ia juga didatangkan dengan ciri ciri yang menarik seperti Power Modes, Walk Mode (dengan fungsi undur), dan sistem brek cakera dengan ABS. Terdapat juga kelengkapan seperti panel meter TFT 4.3 inci yang boleh ditambat kepada telefon bimbit. 

Kawasaki Ninja e-1 & Z e-1 ini mulanya dijual di Amerika Syarikat pada harga ~RM35,981 dan untuk pasaran Indonesia, ia dijual pada harga IDR 149.9 juta (~RM 45,300) dan Z e-1 pada harga IDR 146.9 juta (~RM 44,393)

Model yang dibawa ke Indonesia adalah model dipasang (CBU) dari Jepun

0/komen