PNY Memperkenalkan SSD PCIe 5.0


PNY ialah sebuah jenama pembuat perkakasan teknologi yang cukup terkenal untuk siri kad grafik NVIDIA GeForce mampu milik mereka. Syarikat ini juga membuat sejumlah produk-produk lain, dan salah satu daripada produk baru mereka ialah sebuah SSD PCIe 5.0.

SSD ini dinamakan PNY XLR8 CS3150 dan ia hadir dalam konfigurasi storan 1TB dan juga 2TB dan hadir dengan kadar pembacaan data 11.5GB/s untuk model 1TB dan 12GB untuk model 2TB. Ia menggunakan pengawal SSD Phison E26 yang secara lazimnya digunakan untuk banyak SSD PCIe 5.0 berkelajuan tinggi.

SSD ini juga dilihat hadir dengan sistem penyejukan yang agak unik, dimana ia menggunakan bongkah penyejukan yang hadir dengan dua buah kipas, dan meliputi keseluruhan papan litar SSD ini, bukan sahaja cip-cip yang terletak di bahagian atas.


Aksesori penyejukan ini hadir dalam dua pilihan warna, hitam dan juga putih. Ia juga hadir dengan pilihan untuk pencahayaan RGB sekiranya dimahukan. Kesemua penyejuk ini memerlukan palam kuasa 4-pin untuk menguasakannya.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah PNY akan melancarkan SSD PNY XLR8 CS3150 ini.
 

0/komen