Realme 11x 5G Kini Dengan Harga RM999


Realme 11x 5G telah mula dijual secara terbuka menerusi pengedar sah rasmi. Harga jualan ialah RM999 sebuah dengan pilihan memori 8GB RAM dan storan dalaman 128GB. Ketersediaan bermula sekarang dengan dua pilihan warna disediakan seperti Purple Dawn dan Midnight Black.

Realme 11x 5G dilengkapi dengan skrin LCD FHD+ 6.72-inci dengan kadar segar semula 120Hz. Ini dipadankan pula dengan cip Dimensity 6100+, memori 8GB RAM, storan 128GB dan bateri 5,000mAh. Sistem kamera pula terdiri 64MP + 2MP yang kemudiannya diikuti dengan kamera swafoto 8MP.

 

0/komen