Redmi 13C Kini Di Malaysia


Redmi 13C telah ditawarkan secara rasminya di Malaysia . Harga jualan ialah RM499 dengan pilihan memori 6GB + 128GB. Ianya boleh di beli menerusi pengedar sah Xiaomi di seluruh Malaysia.

Redmi 13C dilengkapi dengan skrin IPS LCD 6.74-inci dengan resolusi HD+ dan kadar segar semula 90Hz. Ini digabungkan juga dengan cip MediaTek Helio G85, memori 6GB RAM dan storan 128GB sebagai tunjang utama. Bateri 5000mAh disertakan menyokong pengecasan 18W, selain terdapat juga kamera utama 50MP + 2MP dan swafoto 5MP yang digunakan.
 

0/komen