Redmi Note 13R Pro Dilancarkan


Redmi Note 13R Pro dilancarkan secara rasminya di China dengan spesifikasi kelas pertengahan. Dari aspek rekaan ia menawarkan tubuh yang sepenuhnya rata baik di hadapan mahupun belakang. Kemudian turut dilengkapi sistem dwi-kamera utama dalam dua bonggol yang berbeza.

Skrin adalah sejenis OLED sebesar 6.67-inci FHD+ dengan kadar segar semula maksimum 120Hz. Ini digabungkan dengan cip Dimensity 6080, memori 12GB RAM LPDDR4X dan storan 256GB UFS2.2. Bateri 5000mAh disertakan pula boleh dicas semula menerusi port USB-C dan pengecasan 33W.



Turut disertakan ialah dwi-kamera utama 108MP + 2MP (kedalaman), swafoto 16MP, bluetooth 5.3 dan menjalankan MIUI 14. Di China peranti dijual pada harga RMB1999 (~RM1,299) dengan tiga pilihan warna disediakan.

0/komen