Snapdragon 7 Gen 3 Kini Rasmi


Qualcomm telah melancarkan cip pemprosesan baharu menerusi Snapdragon 7 Gen 3 . Cip yang mengekalkan penggunaan teknologi 4nm ini memberikan peningkatan CPU sehingga 15%, peningkatan GPU sehingga 50% dan penjimatan penggunaan kuasa sehingga 20% lebih baik.

Konfigurasi digunakan pula terdiri dengan 1 + 3 + 4 yang merangkumi teras utama pada kelajuan 2.63 GHz, bersama tiga teras prestasi pada 2.4 GHz dan empat teras kecekapan pada 1.8 GHz. Pun begitu tidak jelas pula mengenai jenis Kyro yang digunakan pada cip ini.


Penekanan turut diberikan terhadap keupayaan kecerdasan buatan justeru NPU Qualcomm Hexagon disertakan dengan lonjakan prestasi 60% lebih pantas berbanding Snapdragon 7 Gen 1. Namun tidak dapat dipastikan sama ada ianya akan tersedia pada peranti atau sebaliknya. GPU Adreno bersepadu pula turut menyokong API grafik terkini, termasuk OpenGL ES 3.2 dan Vulkan 1.3, meningkatkan pengalaman visual untuk pengguna.


Snapdragon 7 Gen 3 juga menyokong resolusi paparan 4K pada kadar segar semula 60Hz, atau FHD+ pada 168Hz. Menerusi cip ISP Qualcomm Spectra pula sensor kamera sehingga 200MP boleh digunakan, di samping turut menyediakan kemampuan rakaman video 4K dengan HDR. Qualcomm juga mendakwa cip juga mempunyai sistem autofokus dan prestasi rakaman video malam yang lebih baik.


Selanjutnya rangkaian 5G boleh dinikmati yang juga menyokong sehingga WiFi 6E dengan kelajuan muat turun sehigga 5Gbps menerusi Modem-RF Snapdragon X63 5G. Tidak berakhir di situ apabila cip juga menyokong sambungan Bluetooth 5.3 terkini untuk pengalaman nirwayar lebih lancar.

Snapdragon 7 Gen 3 akan mula digunakan pada peranti yang akan dikeluarkan seawal penghujung bulan ini dengan jenama Vivo dan Honor sebagai antara yang terawal
 

0/komen