Sony A9 III Diperkenalkan


Sony A9 III telah diperkenalkan secara rasmi sebagai kamera nircermin baharu untuk golongan professional. Antara yang menjadi tumpuan terdapatnya pengatup global (global shutter) bingkai penuh terbina, di samping beberapa ciri lain dinaiktaraf yang menjadikannya menarik.



Kamera ini dilengkapi sensor 24.6MP CMOSD dengan sistem penstabilan 5 paksi IBIS. Ia dipadankan pula dengan cip pemproses imej BIONZ XR terkini dengan prestasi lapan kali lebih baik seperti generasi sebelum ini.

Kemampuan video pula sehingga sehingga 4K 120 FPS tanpa suntingan, sementara itu 4K60FPS pula apabila disunting daripada rakaman 6K. Ini termasuklah pilihan untuk rakaman 10-bit 4:2:16-bit, di samping sokongan untuk mod Cinetone iaitu S-Cinetone dan S-Log3.


Dengan pengatup global terbina pula membolehkan kamera ini merakam pada kelajuan sehingga 120fps tanpa gangguan. Oleh itu isu rolling shutter yang menghantui sensor kamera digital diselesaikan. Melaluinya ia menawarkan kelajuan pengatup maksimum 1/80,000 saat (Terhad 1/16000 saat pula untuk penggambaran berterusan).

Selain itu, kamera ini juga menawarkan julat ISO 250-25600 yang boleh diperluaskan kepada ISO 125-51200. Di samping Sistem pemfokusan turut dikuasakan dengan AI dan kontras dengan 9.44 juta titik pemfokusan.

Terdapat juga skrin sesentuh OLED yang boleh digerakkan pada empat paksi bagi tujuan fleksibiliti untuk rakaman pelbagai sudut. Butang khusus disediakan pula membolehkan pengguna melaras kelajuan penggambaran berterusan dengan mudah dan harga jualannya ialah USD $5,999.99 (~RM27,996) sebuah.

0/komen