Tangan Nyaris Putus Dilanggar Kereta Api


Seorang wanita nyaris putus tangan selepas cuba merakam swafoto dengan berlatarbelakangkan sebuah kereta api yang sedang meluncur laju ke arahnya.

Kejadian berlaku di Taman Alam Semula Jadi  Belemedik di Adana, Turkiye.

Sekumpulan wanita dilihat berdiri di tepi landasan kereta api.Mereka menghulur sebelah tangan ke udara sambil membuat isyarat ‘bagus’ dengan berlatarbelakangkan sebuah kereta api yang sedang meluncur laju.

Ketika kereta api itu begitu hampir dengan mereka, salah seorang daripada wanita tersebut gagal mengalihkan tangannya pada waktu yang tepat.

Ia menyebabkan anggota badannya itu dilanggar oleh kereta api sebelum dia dilihat memegang tangannya yang kesakitan.

Menurut laporan, wanita itu dibawa ke hospital terdekat untuk menjalani rawatan sebelum dibenarkan keluar setelah doktor mendapati tiada kecederaan serius
 

0/komen