Tesla Menjual Jam Digital


Tesla menjual beberapa aksesori kepada peminat seperti pelontar api, kabel pengecas peranti seakan SuperCharger dan kotak kucing seakan Cybertruck. Terbaru, Tesla telah hadir dengan S3XY Radiance Clock iaitu jam digital pintar seakan tiub nixie. Jam Tesla ini mempunyai enam tiub yang boleh diubahsuai oleh pengguna. Setiap tiub kaca kuartza mempunyai paparan IPS tersendiri dan jam ini mempunyai speaker terbina dengan codec audio 24-bit dan terdapat enam muka jam boleh dipilih.

S3XY Radiance Clock ini menyokong enam penggera yang boleh ditetapkan dengan sokongan snooze dan berjadual. Jam ini dikatakan dikuasakan dengan cip RTC 5ppm untuk paparan masa jitu dan boleh disambungkan ke WiFi. Setiap paparan turut boleh memaparkan apa-apa imej serta screensaver.


Buat masa ini Tesla hanya menjualnya di pasaran China sahaja pada harga RMB 839 iaitu sekitar RM545. 

0/komen