Vivo Y27s Kini Di Malaysia

Vivo Y27s secara rasminya memasuki pasaran Malaysia dan dijual pada harga RM799 sebuah. Ketersediaan untuk pembelian bermula 25 November 2023  yang lalu dengan dua pilihan warna disediakan seperti Garden Green dan Burgandy Black menerusi pengedar sah Vivo di seluruh Malaysia.

Vivo Y27s dilengkapi dengan skrin LCD FHD+ 6.64-inci dengan kadar segar semula 90Hz. Ini dipadankan dengan cip Snapdragon 680, memori 8GB RAM LPDDR4X dan storan 256GB UFS 2.2 untuk tunjang utama. Bateri 5000mAh digunakan boleh dicas semula menggunakan port USB dan pengecasan 44W. Turut disertakan ialah sistem kamera 50MP + 2MP di belakang dan swafoto pula sebesar 8MP.


 

0/komen