2 ‘Pendekar’ Bergaduh Libas Sabit


Tular di media sosial Indonesia memaparkan aksi dua remaja perempuan bergaduh dengan bersenjatakan sabit sambil disaksikan sekumpulan remaja lain.

Pergaduhan berlaku di sebuah kawasan perkuburan di Palembang, wilayah Sumatera Selatan.

Dalam kejadian tersebut, kedua-dua mereka masing-masing memegang sabit dan bergaduh sehingga menarik rambut.

Seorang remaja perempuan itu cedera selepas sabit tajam terkena pergelangan tangannya sebelum pergaduhan dihentikan.

Sementara itu, Ketua Perhubungan Awam Polis Sumatera Selatan, Komisioner Polis Sunarto berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai insiden itu dan menjalankan siasatan lanjut. 
 

0/komen