ASUS ExpertBook B5 Generasi Baru Di Perkenalkan

Siri komputer riba ASUS ExpertBook merupakan komputer riba kelas produktiviti pejabat padat dan ringan yang kini tampil hadir dengan penawaran cip pemprosesan Intel Meteor Lake yang terbaru.

ASUS ExpertBook B5 tampil dengan paparan sesentuh bersaiz 13 inci dengan nisbah paparan 16:10. Seperti yang dikatakan juga, ia dikuasakan oleh pilihan cip pemprosesan Intel Core Ultra generasi baru yang tampil dengan kemampuan untuk menggerakkan perkhidmatan kecerdasan buatan secara terbina.

Apa yang lebih menarik lagi ialah didalam rangka 1.29kg ini juga ada sebuah kad grafik NVIDIA GeForce RTX 2050 bersama-sama dengan pilihan memori dan storan sehingga 32GB dan juga 2TB untuk kemampuan produktiviti yang tidak terhad oleh sebarang kekurangan.

Dari segi palam, komputer riba ExpertBook B5 ini dilengkapi dengan dua palam Thunderbolt 4, dua palam USB 3.2 Type-A, palam HDMI 2.1 dan palam-palam pilihan seperti slot kad nanoSIM dan pembaca kad pintar.




Selain daripada itu ia juga tampil dengan fungsi seperti kamera pintar, pengatup lensa fizikal, pengimbas biometrik dan sebagainya untuk memastikan bahawa komputer riba anda kekal selamat. Satu lagi ciri yang secara lazimnya diperlihatkan pada komputer-komputer riba tertentu ialah pensijilan MIL-STD 810H yang menjanjikan komputer riba ini akan tahan lasak.

Buat masa ini ASUS masih belum mengesahkan lagi bilakah mereka akan mula menjual komputer riba ini.
 

0/komen