
Kini dengan konsol-konsol PC mudah alih seperti Steam Deck, ROG Ally, Lenovo Legion Go dan sebagainya lebih mudah dibeli oleh orang ramai, salah satu naik-taraf yang mahu dilakukan oleh pengguna pastinya berkenaan storan yang terbina.
Komponen storan merupakan salah satu daripada komponen yang mudah untuk dinaiktarafkan pada peranti-peranti seperti ini, dan dengan Corsair MP600 Micro M2.2242, Corsair telah memperlihatkan sebuah SSD PCIe Gen4 bersaiz padat. Corsair mengatakan bahawa ia akan hadir dengan kelajuan pembacaan data 5100MBps dan kadar penulisan data 4100MBps.
Dari segi kapasiti pula, Corsair mengumumkan bahawa SSD ini akan hadir dengan pilihan kapasiti 1TB sahaja terlebih dahulu, dan mungkin lebih banyak pilihan akan diperlihatkan kelak.
SSD Corsair MP600 Mini M2.2242 ini sudahpun mula dijual di sejumlah pasaran terpilih pada harga sekitar USD $70 (~RM327).
Catat Ulasan