Honor X7b Dan X8b Di Malaysia



Peranti baharu Honor X7b dan Honor X8b diumumkan secara rasminya di Malaysia . Ia boleh dibeli pada RM799 untuk Honor X7b sementara itu Honor X8b pula berharga RM999 sebuah. Ketersediaan adalah bermula  dari 22 Disember 2023 yang lalu dengan fon telinga Honor Choice Earbuds X5 Lite bernilai RM139 yang diberi percuma.

Honor X7b dilengkapi skrin LCD 6.8″ dengan resolusi 2412 X 1080 piksel dan kadar segar semula 90Hz. Ini digabung juga dengan cip Snapdragon 680, memori 8GB RAM dan storan dalaman 256GB untuk tunjang utama. Bateri 6,000mAh disediakan menyokong pengecasan 33W, di samping kamera utama 108MP dan swafoto 8MP juga melengkapinya.

Honor X8b pula dilengkapi skrin AMOLED 6.8″ dengan resolusi 2412 X 1080 piksel. Ini digabung juga dengan cip Snapdragon 680, memori 8GB RAM dan storan dalaman 512GB untuk tunjang utama. Bateri 4,500mAh disediakan menyokong pengecasan 35W, di samping kamera utama 108MP dan swafoto 50MP juga melengkapinya.
 

0/komen