Fenomena hujan ganjil berlaku di tanah seluas sekitar 3 meter persegi di kawasan pelancongan daerah Mayangan, Kota Probolinggo, Pulau Jawa kelmarin.
Kawasan lain di sekitar sebuah zoo itu tidak dilanda hujan.Fenomena itu dikenali sebagai hujan lokal di Indonesia.
Seorang saksi dikenali sebagai Sukamto berkata: “Air hujan cuma turun di kawasan seluas 3 meter sahaja, tempatnya dekat tandas. Di luar kawasan itu kering dan tidak dilanda hujan.
“Ini baru pertama kali saya melihat fenomena hujan lokal. Ia pertama kali berlaku di sini,” katanya.
Ketua Pelaksana Badan Tindak Balas Bencana Daerah (BPBD) Probolinggo, Sugito Prasetyo berkata, hujan lokal terjadi disebabkan oleh awan tertumpu di sebuah kawasan.
Ia ditambah dengan kehadiran putaran angin di bawah awan
“Disebabkan faktor tersebut, muncullah hujan lokal,” katanya.
Catat Ulasan