Imej Ameba Pemakan Otak


Satu imej parasit ameba pemakan otak yang dilihat dari bawah mikroskop, dengan orang ramai menyamakannya seperti ‘wajah syaitan’.

Pengguna media sosial menyifatkan imej berkenaan kelihatan ‘jahat’, sama seperti sifat ameba tersebut.

Ia kelihatan begitu mengerikan.Ia kelihatan seperti syaitan sedang ketawa.

Gambar kiri kelihatan seperti gembira makan otak. Sebelah kanan kelihatan seperti baru mengetahui apa yang dimakannya selama ini.

Jangkitan ameba pemakan otak atau nama saintifiknya Naegleria Fowleri itu berlaku apabila ia memasuki hidung seseorang yang menyelam di dalam air.

Otak pesakit akan membengkak selepas dijangkiti, manakala kadar kematian adalah 97 peratus.

Kaedah rawatannya sukar dihuraikan kerana jangkitan ameba itu merebak dengan pantas dan pakar kesihatan belum menemui ubat yang mampu menyelamatkan pesakit tepat pada masanya

0/komen